Wednesday, February 25, 2009

emosi terganggu

assalamualaikum...
dah beberapa hari aku tak menulis blog nie.. entah la, maybe fikiran aku terganggu sejak 3 4 hari nie.. semua keja yang aku buat macam x kena keja. mungkin aku terlalu memikirkan masa depan aku kot...
kekadand tu bila teringkatkan kawan2 lama..semua nya bahagia disamping keluarga dan anak-anak...cemburu aku. mungkin kebahagian itu bukan pada diriku ini..walau macam mana pun, aku sentiasa terus berdoa pada tuhan agar aku dipermudahkan urusan didunia dan akhirat, dimudahkan rezeki, dijauhkan dari sifat buruk, dijauhkan daripada umpatan keji dan fithnah manusia sekeliling...dan yang paling aku berharap, agar pada satu hari nanti, aku akan memperoleh kebahagian seperti mana kawan kawan ku yang lain..dikelilingi cahaya mata.. sedihkan....:(
aku bernasib baik..dalam keadaan yang tidak menentu hidupku ini, aku sering diberikan kekuatan untuk terus hidup oleh keluarga ku, pelajar ku mie dan yang mengenali ku..terima kasih aku harapkan..
semoga jasa-jasa kalian semua akan dibalas oleh tuhan...amin...

salam..

Thursday, February 19, 2009

kita susuhkan org org susahkan kita balik

assalamualaikummmm
selamat pagi dan salam mesra semua. semoga hari ini akan lebih baik dari semalam dan seterusnya....hari ni jumaat dah lama tak bagi tazkirah..hehehe
didunia ni macam macam yang berlaku, cuma antara sedar atau pun tidak aje....
Apa yang Anda buat akan dibalas dengan tindakan setimpal. Kita senangkan orang, orang senangkan kita balik.
Kita susahkan orang, orang susahkan kita balik. Bahkan, susah kita akan jadi dua kali ganda lebih susah dari susah yang sebelumnya.
Anda, saya dan kita semua hidup dalam komuniti bermasyarakat.
Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.
Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu. Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.
Selagi Anda kekalkan sikap begitu, selagi itulah hidup Anda lancar saja, kurang dari segala macam permasalahan. Anggap perbuatan itu sebagai ‘tanam saham’. Satu masa nanti, Anda akan dapat pulangannya.
Doa orang yang kita selalu senangkan hatinya amat mujarab. Getaran tenaga positif yang datang dari mindanya akan membuat hidup Anda penuh dengan keceriaan yang seterusnya menyumbang pada kecemerlangan berpanjangan.
Sebaliknya, jika Anda susahkan orang, doa orang yang Anda susahkan tu dua kali ganda amat mujarab, kerana dia teraniaya oleh perbuatan Anda. Allah swt cepat memakbulkan doa orang yang teraniaya. Getaran emosi negatif dari mindanya akan mempengaruhi hidup Anda lalu menjadikan hidup Anda haru biru, tak keruan jadinya.
Mulai hari ini, untuk Anda kekal cemerlang, kekal bersemangat jangan pernah lupakan orang disekeliling Anda. Gembirakan hati mereka, senangkan hati mereka seadanya, jangan sampai mereka pula sakit hati dengan Anda kerana kesannya amat bahaya! Ia menurunkan tahap motivasi Anda dengan cepat.
Di mana bumi dipijak, di situ hukum ALLAH dijunjung.
InsyaALLAH dakwah ilalLAH dan usaha
taqarrub kepada-NYA akan terus-terusan,
walLAHU Musta’an.
Ilal liqo’en jadid insyaALLAH.
Wasalam

Wednesday, February 18, 2009

Kasih Ibu dan ayah

assalamualaikummmm......
alhamdulilah...ari nie perjalanan kerja aku ok, tidak seperti semalam. sepanjang hari aku tidak dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan baik. mungkin selepas sesi kuanselor aku merasakan diri ku tidak tenteram...memikirkan perjalanan hidupku yang penuh dengan onak dan duri..
pagi tadi komuter bertolak agak lambat sedikit, selalu jam 6.45 +- 3 minit dah bertolak. tetapi pagi tadi lewat sesangat sampai jam 7 pagi baru bertolak....pehhhhhh punyalah ramai org kat situ....dalam hati aku berkata " dapat ke aku duduk nie" tapi memang rezeki aku laaa. aku dapat duduk...
punya la teruk sistem komuter kat malaysia nie, aku teringkat semasa setahun yang lepas aku ke singapura, disana...walaupun negaranya kecil, tetapi sistem pengangkutannya....Wahhhhhhhh HEbat sangat. menepati masa....itu yang penting, lagi satu train kat sana laju lah jugak, tak macam kat malaysia ni..bergerak bergerak jugak...tapi macam siput sedut aje..hehehehe
pagi tadi aku ada seminar kreatif dan enovatif...aku tersenarai dalam 5 orang BPS ( bahagian pembangunan sumber )..relax sikit keja aku pagi nie....tapi sedang seminar berlangsung...aku terima call banyak kali. tapi aku tak angkat pun. malas. aku cuma membaca mesej yg aku terima aje.....
alangkah terkejutnya aku...apabila membaca mesej itu. tidak semena-mena aku sebak dan air mataku menitis...nasib baik tidak terperasan oleh orang lain...mesej itu menjelaskan bahawa ibu kepada anak muridku...qutbi putra telah meninggal dunia. tak dapat aku bayangkan perasaan qutbi pada ketika itu, sedih, menangis, sebab aku telah mengalami nasib yang sama pada mana ayahku meninggal dunia ketika aku berada ditahun akhir peringkat diploma lagi. sedih pilu. pada pelajarku qutbi, semoga tabah dan redha atas apa yang berlaku. sesungguhnya Allah menyayangi nya...dan semoga qutbi tabah untuk meneruskan perjuangan dalam menghadapi peperiksaan SPM nanti....sama-samalah kita mendoakan agar roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. amin....
kepada pelajar-pelajar ku sekelian.....berbuatlah baik keatas kedua ibu bapa ketika ketika mereka masih hidup...sesungguhnya pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka kepada kita tidak akan dapat dibayar walaupun segunung intan....

Monday, February 16, 2009

DORM Putera A

assalamualaikummmm.semua, semoga hari ini lebih baik daripada semalam k. macam mana dengan pelajaran hari nie, semakin maju ke? harap-harap macam tu la kan...biarlah hari ini lebih baik daripada semalam..dan seterusnya kan. tadi ada seorang perempuan daripada bahagian sumber manusia datang, katanya nak berjumpa aku di tingkat 12 pada pukul jam 9 pagi.. risau aku, apa yang dibincangkan dari aku agaknya..aku berdoa agar esok semuanya berjalan dengan baik. dan aku harap ada berita yang mengembirakan kau untuk hari esok... ya Allah berikan lah aku kekuatan dan kau permudahkanlah perjalanan urusan hidupku ini ya Allah..amin

kembali kepada kisahku semasa berada di smt dulu...aku dengan intan biasa biasa aje...tapi kengkawan yang lebih-lebih. ibarat kata pepatah seperti lebih sudu daripada kuah kan...hehehe, intan ni orang larkin, duk kat taman perumahan kebun teh. aku biasa jugak lalu kawasan tu...kalu bosan bosan kan.tapi kawasan perumahan dia tu ada kawasan perkuburan terbesar dibandar johor bahru.. di smt disiplin pelajar-pelajar nya terkawal. akademik dan kerohanian adalah seimbang, tidak seperti di mrsm. lebih tertumpu pada akademik sahaja..tak tahulaaa kalu mrsm yang lain kan.
di smt tepat jam 11.30 malam lampu dikawasan koridor dan dorm dikehendaki dipadamkan. kalu lampu dikawasan koridor berhampiran tidak dimatikan, pehhh...dorm yang berdekatan kena....habis sampai pagi tak tidolahhhh...berkawat kakilah sampai subuh. macam hantu jepun berkawat malam.
kita org di asrama tidak dibenarkan membawa sebarang benda yang berbentuk hiburan, terutamanya walkman...zaman kita org dulu mana ada mp2, mp3, mp4...dan bermacam-macam laaa, tapi kawan aku ni dia ada bawak radio kecik..volume pun mcm dengar tak dengar aje tau....jadi tiap-tiap malam pasang la radio tu..sekurang-kurangnya adalah hiburan sikit kan..radio ni murah aje..kalu kena rampas kita org kongsi ramai-ramai beli yang baru... hidup semua kongsi..hehehehe
kalau duduk dorm ni...perangai yang paling tak suka adalah kedekut. satu hari ada seorang hamba allah tu, baru pindah dari smt melaka, entah macam mana entah, waktu tu semua dah tido dah..tetiba aje...aku terdengar suara plastik berbunyi..krek krek..krek...peh TIKUS besar sedang makan la tu... apa lagi kawan aku kat sebelah ni pun pasang lampu picit..hehehe "ada org tengah makan" kata kawan aku tu, tak sampai seminit...semua org serbu mamat tu....kesian. jadi kesimpulannya kalau ada makanan jangan kedekut untuk berkongsi bersama...sikit kan sama dirasa...banyak sama di jamah.
kita org dulu duduk kat dorm putera A. satu dorm sampai 20 org, f4+f5....jadi kita org kat sana sangat close diantara satu sama lain....tu yang best...pengalaman duduk di asrama banyak membantu aku berdikari..dan banyak mengenal hati dan budi seseorang.
satu hari aku punya result dapat teruk, aku tak pasti trial ape....yg pasti trial spm laaaa.... subjek paling teruk adalah....

BERSAMBUNG..

AKU REDHA TUHAN.....

assalamualaikum.....selamat malam...dah makan dah ke?
lewat petang tadi...tetiba aje perasaan aku menjadi sayu dan sebak sangat. entah ar kenapa. mungkin aku telalu memikirkan masa depan aku yang tak tahu penghujungnya. petang tadi aku...membuka laman frienster..melihat kalu ada rakan rakan baru. sedang aku melihat gambar-gambar anak muridku...terdapat satu gambar yang sangat aku kenal sangat. terus fikiranku teringkan dia.... sudah hampir setahun kami putus hubungan, tak ada khabar berita dari dia. mungkin dia sudah melupakan aku untuk sekian lamanya...
dalam hidup aku..aku telah kehilangan 3 orang yang paling aku sayang, ayah aku, isteri aku dan anak angkatku..mungkin ini dugaan tuhan untuk diriku..
wahai anak-anak muridku...cukuplah sudah cikgu kehilangan mereka ini dalam hidup cikgu.. dan kalian semua tetap dihati cikgu. amin ya rabul alamin...
alhamdullilah....sekurang-kurangnya aku masih ada lagi pelajar yang senantiasa bersama ketika aku suka dan duka. ya Allah... semoga ia kekal hingga akhir hayat.

Sunday, February 15, 2009

INTAN IDIANA

assalamualaikummmm...
selamat petang pelajar-pelajar cikgu dan sesiapa yang membaca blog cikgu ni tau..alhamdulilah...jumaat lepas ptg lepas balik keja aje...siap2 aku untuk terus ke maktab. coz dah janji dengan pelajar f5 nak datang kan.. lagipun student f5 ada jualan malam tu. jadi banyak la barang untuk diberi pinjam...baik la faiz bakar...yang penting u all ingat cikgu azmi sampai bila-bila. malam sabtu plak dia org ada buat persembahan...yang paling aku terasa sebab sesangat bila dia org sebut nama aku lagi sebelum persembahan penutup untuk lagu situasi daripada kumpulan bunkface. lagu ni memang kegemaran aku..semenjak album di lancarkan lagi, dan ia memang sesuai dan kena dengan aku dan pelajar-pelajar aku f5 o9. terima kasih banyak banyak.
cikgu sayang u all semua..

sambung kisah kenapa cikgu sejarah tu begitu tak puas hati aje dengan aku sepanjang berada di teknik. macam gini kisahnya...suatu hari semasa prep petang semester satu..aku balik lambat sikit, coz kawan popuan kelas aku namanya intan idiana.( cun budak nya )...meminta aku membantunya menyelesaikan beberapa soalan matematik tambahan...waktu tu tak ada sesiapa pun..yang ada cuma papan hitam, kerusi, meja dan dinding kelas 4 pertanian 1 ajelah...
tetiba aje warden cikgu husaini datang...dan menjerit pada kita org..." hah buat ape tu...berkhalwat" teriak dia..kuat plak tu..sampai pakcik-pakcik kebun pun terdengar jeritan cikgu tu...apa lagi...kami berdua pun....cemat-cemat kemas barang dan lari lintang pukang. aku ingat cikgu tu tak perasan sape kami berdua, rupa-rupanya tekaan aku meleset..bila waktu maghrib aje, didalam surau....kami pelajar teknik f4 disuruh berkumpul sebelum naik keatas dan mengaku...sape yang balik lewat waktu prep petang tadi..terutama kelas 4 pertanian 1.masing masing tak nak mengaku....tapi cikgu tu siap kata lagi " awak ingat saya tak nampak ke sape tadi" pehhhhh mengigil kepala lutut aku...kengkawan aku yang lain relax aje, coz dia org pun tak tahu siapa yg dimaksudkan cikgu husaini tu. hehehehe.
kita org tak mengaku pun...tapi bila keesokkan harinya...tetiba aje nama aku dipangil dihadapan kelas...apa lagi..disuruhnya aku kedepan dan baca apa yang telah dibaca semalam...aku gagal.., sebab bab tahun dalam sejarah ni aku fail sikit. bermula episod baru dalam hidup aku, apabila tiba waktu sejarah aku akan bertemankan dinding.hehehe. kesian dinding tu, naik muak tengok muka aku...kan kan
bermula daripada kejadian itu...aku mula digosipkan oleh kengkawan kengkawan teknik dengan intan idiana...macam-macam...aku buat pekak aje...org ada mulut biarlah dia cakap kan.
nak tahu kisah selanjutnya tentang aku dan intan?

BERSAMBUNG.......

Thursday, February 12, 2009

Kooperasi

assalamualaikummm....
selamat pagi semua..macam mana dengan hari ni, belajar ok? semoga dipermudahkan segala urusan k. alhamdulilah..ari ni sampai ketempat keja awal plak...naik train kul 6.30 pg, sampai bank negara kul 7.05 pg..sempat la rambu ramba sat. tapi rambu ramba kat kedai makan aje la kot..cikgu rosli x nampak bayang, tertingal la tu...hehehehe
ooo ye sambung kisah semalam, pasal sejarah tu. cikgu husaini ni tak puas hati tau...sebab walaupun dia denda aku baca buku mengadap dinding tiap2 kali waktu dia, tapi subjek dia aku fail aje..tak pernah nak lulus, kalau lulus pun cukup-cukup makan aje. lagi la hangat cikgu tu...ialah macam mana aku nak lulus, kalau tiap kali waktu dia aku baca mengadap dinding, cuma kou org bayangkan...tak haru..lg pun cikgu tu ajar semua budak-budak tak faham, dari suka sejarah terus bawak maut. tu la pasal...
apa lagi...naik aje semester 4, tiap kali waktu rehat, aku dikehendaki duduk didalam stor koperasi, bawak buku sejarah dan baca buku kat situ sampai habis waktu rehat. baru aku dibenarkan balik..tapi yg best nya, rupa-rupanya bukan aku sorang saja yang kena. romemate aku pun ada sekali rupa-rupanya...hehehehe gelak besar kita org dalam tu. kawan aku ni kita org panggil golok, nama betul dia saifulnizam...kelakar betul
tapi jangan ingat kita org tak baca..baca beb, sbb lepas tu 5 minit sebelum rehat tamat...dia panggil dan ingat balik apa yang kita baca tadi.
lagi satu kan...cikgu ni sering suruh kita org cabut pokok semalu kat tepi padang...kekadang tu pokok semalu dah naik malu, coz tiap-tiap hari kita org jumpa dan cabut dia...
satu hari tu pokok semalu dah habis kita org cabut....kesudahannya rumput-rumput pun kita org cabut..sampai tahap macam tu sekali...
mesti kau org nak tahu...kenapa aku kena denda sampai tahap macam tu sekali kan....tapi apa apa pun cikgu yang macam tu la yang kita akan ingat selalu...terima kasih cikgu husaini.
hehehehe.....

BERSAMBUNG