Wednesday, February 18, 2009

Kasih Ibu dan ayah

assalamualaikummmm......
alhamdulilah...ari nie perjalanan kerja aku ok, tidak seperti semalam. sepanjang hari aku tidak dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan baik. mungkin selepas sesi kuanselor aku merasakan diri ku tidak tenteram...memikirkan perjalanan hidupku yang penuh dengan onak dan duri..
pagi tadi komuter bertolak agak lambat sedikit, selalu jam 6.45 +- 3 minit dah bertolak. tetapi pagi tadi lewat sesangat sampai jam 7 pagi baru bertolak....pehhhhhh punyalah ramai org kat situ....dalam hati aku berkata " dapat ke aku duduk nie" tapi memang rezeki aku laaa. aku dapat duduk...
punya la teruk sistem komuter kat malaysia nie, aku teringkat semasa setahun yang lepas aku ke singapura, disana...walaupun negaranya kecil, tetapi sistem pengangkutannya....Wahhhhhhhh HEbat sangat. menepati masa....itu yang penting, lagi satu train kat sana laju lah jugak, tak macam kat malaysia ni..bergerak bergerak jugak...tapi macam siput sedut aje..hehehehe
pagi tadi aku ada seminar kreatif dan enovatif...aku tersenarai dalam 5 orang BPS ( bahagian pembangunan sumber )..relax sikit keja aku pagi nie....tapi sedang seminar berlangsung...aku terima call banyak kali. tapi aku tak angkat pun. malas. aku cuma membaca mesej yg aku terima aje.....
alangkah terkejutnya aku...apabila membaca mesej itu. tidak semena-mena aku sebak dan air mataku menitis...nasib baik tidak terperasan oleh orang lain...mesej itu menjelaskan bahawa ibu kepada anak muridku...qutbi putra telah meninggal dunia. tak dapat aku bayangkan perasaan qutbi pada ketika itu, sedih, menangis, sebab aku telah mengalami nasib yang sama pada mana ayahku meninggal dunia ketika aku berada ditahun akhir peringkat diploma lagi. sedih pilu. pada pelajarku qutbi, semoga tabah dan redha atas apa yang berlaku. sesungguhnya Allah menyayangi nya...dan semoga qutbi tabah untuk meneruskan perjuangan dalam menghadapi peperiksaan SPM nanti....sama-samalah kita mendoakan agar roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. amin....
kepada pelajar-pelajar ku sekelian.....berbuatlah baik keatas kedua ibu bapa ketika ketika mereka masih hidup...sesungguhnya pengorbanan yang telah diberikan oleh mereka kepada kita tidak akan dapat dibayar walaupun segunung intan....

No comments:

Post a Comment