Friday, February 6, 2009

RINDU

salam semua... semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat k. macam mana dengan belajar. ok ke?, belajar la pandai-pandai tau...nanti boleh jadi dr, lawyer, jurutera dan macam-macam lagikan. oooo ye, diam tak diam dah hampir sebulan cikgu berada di hq dan meningalkan maktab. rasa macam tak percaya aje, rasenya macam baru semalam aje cikgu mendaftarkan diri mengajar di mrsm kkb. walaupun cikgu diberikan tugas baru, namun didalam hati dan naluri cikgu, JIWA cikgu masih lagi sebati dengan mengajar, mendidik anak bangsaKU untuk berjaya dalam pelajaran. berat mata memandang berat lagi mahu yang memikulnya. tugas baru amat menarik, membuat modul pengajaran dengan mengunakan sistem internet. mula-mula susah jugak, tapi atas tunjuk ajar guru-guru senior disitu, sedikit demi sedikit ilmu itu cikgu pelajari. alhamdulilah....semuanya berjalan dengan baiki. tetapi rindu cikgu pada mengajar lebih dari segalanya. doakan semoga cikgu dapat mengajar kembali ok. kepada pelajar ku yg akan mengambil spm 09 nanti, semoga berjaya, buat betul-betul, waktu coz jangan la main-main tau. ni la masa nya untuk kamu semua berbincang bersama rakan-rakan, mana-mana yang tak faham tanya, waktu ni lah yg sesuai. sebenarnya cos ini bukan sahaja waktu untuk mengulangkaji pelajaran, tetapi waktu untuk berkawan, mengenal hati kawan, berkerjasama dalam pelajaran dan bermacam-macam lagi. jadi gunakan la kesempatan yg diberikan itu dengan baiknya.
walaupun cikgu berada dihq ini, rindu pada kengkawan lama seperti cikgu norazian, yg sudah di anggap seperti kakak cikgu, banyak pengalaman yang kita kongsi bersama di maktab kkb.
pada pelajar cikgu, usaha tangga kejayaan.
AMIN....

No comments:

Post a Comment