Tuesday, February 10, 2009

Maktab Ku

Assalamualaikum....kenapa pagi ni aku teringat-ingat kat maktab. Mungkinkah aku merindui maktab kkb...ooo tidak, aku masih merindui setiap detik dan waktu aku kat maktab. Ya tuhan... adakah setakat ini saje perjalanan aku sebagai seorang guru... bairlah hidup dan matiku dikenali sebagai seorang pendidik.
aku memang bercita-cita untuk bergelar seorang guru semenjak dibangku sekolah lagi... aku ingat semasa aku berada di sekolah menengah rendah lagi ( Sek Meng Dato Abdul Rahman Yassin JB )..aku merupakan seorang pelajar yang sangat lemah untuk subjek matematik. pada waktu tu yang mengajar aku cikgu cina...cikgu Teh, markah yg aku sering dapat lebih kurang 30-38 perseratus aje...
Diakhir tingkatan 2, cikgu Teh dengan baik hati telah memberikan markah kesian 2 markah untuk lulus 40%. tujuan nya hanya satu, supaya aku dapat masuk kelas paling bijak 3A. wahhh....cabaran hebat bagi aku waktu tu untuk bersaing dengan rakan-rakan yang lebih pandai dari aku.dan aku anggap itu sebagai satu cabaran untuk lebih berjaya..
Alhamdulilah...SRP ( sekarang PMR ) aku dapat A untuk subjek matematik, terima kasih pada cikgu Teh..Selepas itu aku apply SMT JB, aku tak layak untuk MRSM, coz waktu tu, MARA ambik pelajar yang bawah 12 agreget...tapi aku dapat 17 agreget..aku layak hanya untuk Sekolah Menengah Teknik aje...
tapi takpe, semua sekolah sama aje...yang penting niat! Masuk SMT...terbinalah kehidupan baru aku disana..Disitu la aku mencintai matematik...terutama matematik tambahan....terima kasih pada Cikgu Zaidah...walaupun beliau garang dan tegas...tapi aku suka cara pengajaran yang disampaikan oleh beliau...HEBAT!
disitu la berputiknya cita-citaku untuk menjadi seorang guru matematik tambahan seperti beliau...akhirnya impianku tercapai.....untuk mengajar di MRSM dan mendidik anak bangsaku...
tapi kini harapan ku musnah.....masihkah ada sinar untuk aku mengajar kembali?

BERSAMBUNG......

1 comment:

  1. setiap manusia itu diberi peluang. Kalau ada peluang itu gapailah dengan pantas sementara masih ada.

    walallahualam

    ReplyDelete