Monday, February 16, 2009

DORM Putera A

assalamualaikummmm.semua, semoga hari ini lebih baik daripada semalam k. macam mana dengan pelajaran hari nie, semakin maju ke? harap-harap macam tu la kan...biarlah hari ini lebih baik daripada semalam..dan seterusnya kan. tadi ada seorang perempuan daripada bahagian sumber manusia datang, katanya nak berjumpa aku di tingkat 12 pada pukul jam 9 pagi.. risau aku, apa yang dibincangkan dari aku agaknya..aku berdoa agar esok semuanya berjalan dengan baik. dan aku harap ada berita yang mengembirakan kau untuk hari esok... ya Allah berikan lah aku kekuatan dan kau permudahkanlah perjalanan urusan hidupku ini ya Allah..amin

kembali kepada kisahku semasa berada di smt dulu...aku dengan intan biasa biasa aje...tapi kengkawan yang lebih-lebih. ibarat kata pepatah seperti lebih sudu daripada kuah kan...hehehe, intan ni orang larkin, duk kat taman perumahan kebun teh. aku biasa jugak lalu kawasan tu...kalu bosan bosan kan.tapi kawasan perumahan dia tu ada kawasan perkuburan terbesar dibandar johor bahru.. di smt disiplin pelajar-pelajar nya terkawal. akademik dan kerohanian adalah seimbang, tidak seperti di mrsm. lebih tertumpu pada akademik sahaja..tak tahulaaa kalu mrsm yang lain kan.
di smt tepat jam 11.30 malam lampu dikawasan koridor dan dorm dikehendaki dipadamkan. kalu lampu dikawasan koridor berhampiran tidak dimatikan, pehhh...dorm yang berdekatan kena....habis sampai pagi tak tidolahhhh...berkawat kakilah sampai subuh. macam hantu jepun berkawat malam.
kita org di asrama tidak dibenarkan membawa sebarang benda yang berbentuk hiburan, terutamanya walkman...zaman kita org dulu mana ada mp2, mp3, mp4...dan bermacam-macam laaa, tapi kawan aku ni dia ada bawak radio kecik..volume pun mcm dengar tak dengar aje tau....jadi tiap-tiap malam pasang la radio tu..sekurang-kurangnya adalah hiburan sikit kan..radio ni murah aje..kalu kena rampas kita org kongsi ramai-ramai beli yang baru... hidup semua kongsi..hehehehe
kalau duduk dorm ni...perangai yang paling tak suka adalah kedekut. satu hari ada seorang hamba allah tu, baru pindah dari smt melaka, entah macam mana entah, waktu tu semua dah tido dah..tetiba aje...aku terdengar suara plastik berbunyi..krek krek..krek...peh TIKUS besar sedang makan la tu... apa lagi kawan aku kat sebelah ni pun pasang lampu picit..hehehe "ada org tengah makan" kata kawan aku tu, tak sampai seminit...semua org serbu mamat tu....kesian. jadi kesimpulannya kalau ada makanan jangan kedekut untuk berkongsi bersama...sikit kan sama dirasa...banyak sama di jamah.
kita org dulu duduk kat dorm putera A. satu dorm sampai 20 org, f4+f5....jadi kita org kat sana sangat close diantara satu sama lain....tu yang best...pengalaman duduk di asrama banyak membantu aku berdikari..dan banyak mengenal hati dan budi seseorang.
satu hari aku punya result dapat teruk, aku tak pasti trial ape....yg pasti trial spm laaaa.... subjek paling teruk adalah....

BERSAMBUNG..

No comments:

Post a Comment