Sunday, February 15, 2009

INTAN IDIANA

assalamualaikummmm...
selamat petang pelajar-pelajar cikgu dan sesiapa yang membaca blog cikgu ni tau..alhamdulilah...jumaat lepas ptg lepas balik keja aje...siap2 aku untuk terus ke maktab. coz dah janji dengan pelajar f5 nak datang kan.. lagipun student f5 ada jualan malam tu. jadi banyak la barang untuk diberi pinjam...baik la faiz bakar...yang penting u all ingat cikgu azmi sampai bila-bila. malam sabtu plak dia org ada buat persembahan...yang paling aku terasa sebab sesangat bila dia org sebut nama aku lagi sebelum persembahan penutup untuk lagu situasi daripada kumpulan bunkface. lagu ni memang kegemaran aku..semenjak album di lancarkan lagi, dan ia memang sesuai dan kena dengan aku dan pelajar-pelajar aku f5 o9. terima kasih banyak banyak.
cikgu sayang u all semua..

sambung kisah kenapa cikgu sejarah tu begitu tak puas hati aje dengan aku sepanjang berada di teknik. macam gini kisahnya...suatu hari semasa prep petang semester satu..aku balik lambat sikit, coz kawan popuan kelas aku namanya intan idiana.( cun budak nya )...meminta aku membantunya menyelesaikan beberapa soalan matematik tambahan...waktu tu tak ada sesiapa pun..yang ada cuma papan hitam, kerusi, meja dan dinding kelas 4 pertanian 1 ajelah...
tetiba aje warden cikgu husaini datang...dan menjerit pada kita org..." hah buat ape tu...berkhalwat" teriak dia..kuat plak tu..sampai pakcik-pakcik kebun pun terdengar jeritan cikgu tu...apa lagi...kami berdua pun....cemat-cemat kemas barang dan lari lintang pukang. aku ingat cikgu tu tak perasan sape kami berdua, rupa-rupanya tekaan aku meleset..bila waktu maghrib aje, didalam surau....kami pelajar teknik f4 disuruh berkumpul sebelum naik keatas dan mengaku...sape yang balik lewat waktu prep petang tadi..terutama kelas 4 pertanian 1.masing masing tak nak mengaku....tapi cikgu tu siap kata lagi " awak ingat saya tak nampak ke sape tadi" pehhhhh mengigil kepala lutut aku...kengkawan aku yang lain relax aje, coz dia org pun tak tahu siapa yg dimaksudkan cikgu husaini tu. hehehehe.
kita org tak mengaku pun...tapi bila keesokkan harinya...tetiba aje nama aku dipangil dihadapan kelas...apa lagi..disuruhnya aku kedepan dan baca apa yang telah dibaca semalam...aku gagal.., sebab bab tahun dalam sejarah ni aku fail sikit. bermula episod baru dalam hidup aku, apabila tiba waktu sejarah aku akan bertemankan dinding.hehehe. kesian dinding tu, naik muak tengok muka aku...kan kan
bermula daripada kejadian itu...aku mula digosipkan oleh kengkawan kengkawan teknik dengan intan idiana...macam-macam...aku buat pekak aje...org ada mulut biarlah dia cakap kan.
nak tahu kisah selanjutnya tentang aku dan intan?

BERSAMBUNG.......

1 comment: